SIHAT MUDAH DAN ENAK

Sejarah Ringkas Dan Kebaikannya Roti Sihat
Roti sihat berasal dari Roti Lubnan yang telah wujud sejak lebih seribu tahun dan merupakan makanan asasi utama penduduk di Timur Tengah dan juga di negara-negara Mediterranean. Ia merupakan roti asli tanpa minyak dan paling baik untuk kesihatan kita.

Roti Sihat Mudah Disediakan
Roti Sihat mudah disediakan pada bila-bila masa dan tempat tanpa penyediaan memasak. Anda hanya mengisikannya dengan bahan-bahan yang anda suka. Roti Sihat akan menaikkan rasa asli serta kelazatannya dan sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Sungguh cepat, mudah dan enak.

Cara Penyediaannya Roti Sihat
Panaskan Roti Sihat di dalam ketuhar selama 15-20 saat untuk melembutkannya dan kukuskan sekiranya keras. Selepas itu, boleh diisi dengan bahan-bahan yang anda suka seperti kebab, daging kima, sardin atau tuna dan dilapiskan dengan timun, tomato, serta hirisan bawang dan lain-lain. Anda juga boleh mengisikannya dengan rendang daging dan ayam atau serunding. Kemudian gulungkan roti dengan kemas dan sedia untuk dihidang.

Keserbabolehan Dan Ciri-ciri Roti Sihat
Roti Sihat disediakan tanpa mengguna sebarang minyak, ia sesuai untuk mengawal kalori dan tahap kolesterol anda.
Roti Sihat juga boleh dinikmati dengan merendamkannya di dalam air teh atau sapukan dengan Milo, jem, mentega atau dimakan bersama pisang, tembikai dan lain-lain. Ia juga boleh diubahsuai mengikut citarasa dan selera tempatan dengan mencecahnya dengan sambal, kari, dalca ataupun sup dan sebagainya. Jika anda ingin membuat piza, sapukan pes tomato di roti dan taburkan di atasnya dengan cendawan, hirisan sosej, nenas, daun oregano, keju mozarela dan lain-lain. Selepas itu, masukkan Roti Sihat ke dalam ketuhar dengan membakar selama 10 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Cara Menyimpan Roti Sihat
Bungkuskan Roti Sihat ke dalam bag plastik dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara penyediaannya leraikan setiap keping roti kemudian panaskan di dalam ketuhar
atau kukuskan selama 15-20 saat.

Roti Sihat boleh bertahan selama 5 bulan di dalam
peti sejuk dan 7-10 hari dalam keadaan suhu yang
normal.









 

Early Bird Bakery Sdn Bhd
No.6 Jalan Mivo 1,
Mivo Industrial Avenue
Industry Desa Aman,
47000 ,Sungai Buloh,
Selangor, Malaysia.

Mobile: +6(014) 363 6100
Tel: +6(03) 6263 2001
Fax: +6(03) 6262 5444
Email: lebanesebread@gmail.com

Website:www.lebanonbread.com